Saturday, October 26, 2013

# menulis itu lebih baik andainya itu yang terbaik ::

Assalamualaikum w.b.t

Maafkan ku. Di sini tempatku meluahkan apa yg terbuku dihati. Setelah sekian lama terpendam akhirnya air mata ini gugur buat kali yg kesekian lama nya x gugur. Sungguh ya sungguh aku rasa sangat tertekan . Tertekan dimana hampir aku mahu buat sesuatu diluar dugaan. Sgt sgt diluar dugaan. Nasib AKAL masih menguasaiku berfikir kali kedua.

Malam ni malam antara aku paling hebat dilanda dengan emosi yg memang sudah sekian lama aku tampung ibarat kan mengumpul air hujan dalam tangki yang besar . Malam ni malam dimana kedua kalinya aku terasa give up dalam berfikir. Andainya aku boleh berputar kembali masa dahulu, masa berlari2, bermain2, alangkah indah dan gembiranya sewaktu masa dahulu.

Hidup ada manis dan ada masam . Manis dimana hidup dipenuhi segunung kegembiraan ibarat kan emas jatuh diriba. Ya. Sgt hiperbola. Sgt sgt. Masam dimana ada segunung kekecewaan ibaratkan tali yang bersimpul dan berselirat disekeliling yg sukar di luruskan.

Ya. Ni adalah luahan hati seorang perempuan y terasa diri sgt hina di muka bumi ini. Mungkin ak x cukup lagi untuk bahagiakan insan yang aku syg. Mungkin ini salah satunya. Andainya terasa aku ni belum mampu dalam segala2 nya, izinkan aku menarik diri dalam semua hal, segala2 nya. Aku berusaha menjadi yang terbaik utk berada di bumi y nyata bukan lagi palsu. Aku berusaha utk menjadi seorang isteri yang mampu memberikan kegembiraan buatmu suatu masa nanti. Andainya, andainya aku bukan terbaik untukmu, relakan lah aku pergi jauh dari hidup,dari bayang2 mu. Sesungguhnya aku sudah buat yang terbaik sepanjang bersama mu sepanjang hampir 5 tahun. Segala2 nya aku turuti demi kehendakmu.

Aku tahu dlm blog hanya 1 @ 2 orang je yang mnjd pembaca blog ini. Lagi ak  x kisah dsbbkn tujuan aku buat blog ini bukan d sbbkan mencari populariti tetapi meluahkan apa yg terbuku dihati. Untuk tatapan sendiri suatu masa hadapan yang entah aku masih bernyawa atau pun tidak.

Yes. Ini lah masalah perempuan bila emosi menguasai diri. Bila emosi xdapat dikawal. Maka gugurlah titisan titisan jernih di pp mahupun emosi itu ialah emosi happy, sedih, tersinggung atau dimarahi. Ini aku. Ya aku. Sungguh aku  x kuat bila emosi berlebihan datang.

Ya ALLAH. Ape aku melalut ni. Ampunkan dosaku ya ALLAH. Sesungguhnya aku lah insan yang sgt sgt hina . Aku sentiasa memerlukan pertolongan darimu, hidayah darimu, petunjuk darimu. Izinkanlah aku berada dalam kalangan orang yang diredhaimu ya ALLAH :'( amin.

Nite.

0 125 nak taw rahsieku =)):