Thursday, November 5, 2015

:: kisah adik di hospital kpj shah alam :'( ::

Assalamualaikum wbt

kali ni tajuk entry betol2 clear/telus . nak story pasal adik admitted kat hospital KPJ shah alam .unexpected things happened.

......... adik dah selesema hampir 10 hari, tapi x kuat selesema tu, kdg2 je keluar hingus, tapi disbbkan ibu xtahan sbb kdg2 tgk adik xselesa bila menyusu, terus ibu bawak p klinik HARMONI kat puchong prima, klinik ni org byk bg feedback positif, jadi ibu pegi la . then doc bgtau kahak adik byk kat paru2 then doc kata xpe, doc bg ubat cair kahak + ubat antibiotik dlu tgk mcm mne , kalau awak nampak anak awak bunyi something dtg sini / mana2 klinik then bawak ubat2 yg dibekalkan tu.

............. dah 4 hari adik consume ubat2 tu , then hari tu jugak ibu pun xsihat dan ibu terus p klinik ibu dan anak (klink SOFEA) kat puchong utama. ibu suruh doc check jugak condition adik . then doc cakap kahak dah kurang sikit dan adk boleh continue ubat macam biasa . dan ibu siap show lagi ubat kat doc. hati terus lega . sbb adik biasanya pagi2 hingus dia banyak keluar . bila petang atau tgh ari stop plak . xdela keluar manjang je.

........ dan ibu macam biasa continue lah ubat tu, tapiiiii................esoknya...........

khamis (29/10/2015) petang : tiba2 badan adik terasa bahang panas sikit2. hari tu ibu MC sekali lagi. bila abi balik keje ibu terus cakap badan adik terasa cam nak demam. tapi adik xdela merengek . mcm biasa la . xleh ibu tinggal dia , nangis berpanjangan kalau ibu bangun . huhu . then check suhu dalam 37.5 . selalunya suhu badan adik mcm panas sikit. selalu berpeluh .tu x expect adik demam. then seprti biasa sbelum tdo kul 10++ siap2 nak bg ubat kat adik . ubat antibiotik + ubat cair kahak . then masa tu adik pakai bju mcm baju singlet. jd ibu pakaikan sweater kat adik sbb takot adik sejuk . dan as usual, kipas memang bukak 2 @ 3 setiap kali nk tdo sbb sekarang kan sejuk . dan ibu memang akan pakaikan adik stoking sebelum tdo .

thenn,,,,, tiba2 lebih kurang pukul 2pagi ++, ibu tersedar, sbb sebelum ni adik mesti bangun nangis nak susu. tapi kali ni x plak. bila tersedar je ibu pandang adik. ibu terus menangis meraung panggil abi . kejutkan abi . suruh bukak lampu cepat2. tgk kenapa dengan adik ni . mata adik terbeliak ke atas, mulut adik biru, mulut adik berbunyi macam 'kacip gigi (kelantannye bahasa) ', dan tgn dan kaki adik kaku . keras . sumpah ibu menangis semahunya .kenapa dengan adik . :'( dan abi terus bangun dan bukak lampu . nasib baik ibu perasan keadaan adik masa tu walhal masa tu gelap kan . hati ibu luluh bila lihat keadaan adik. perasaan ibu memang xboleh nak gambarkan . dalam fikiran nak keluar dari rumah tu . cakap kat suami siap cepat kita p hosp KPJ . mmg dlm fikiran tu ingat nk g hosp dan nak keluar dari rumah ni . nak tahu adik kenapa . dlm xlama sebelum kita keluar rumah, adik mcm dah sedar sikit , mata adik dah pandang ibu dan abi , tapi nampak badan adik letih/lemah/xberdaya. ibu beristighfar. tapi dlm beristighfar tu airmata ibu mengalir selaju lajunya. dalam masa yg sama abi support ibu .

dalam kereta, ibu peluk adik, ibu cium adik, ibu usap adik, ibu panggil adik, 'adik,adik,bangunla' 'ibu abi sayang adik' 'adik kenapa ni sayang' 'adik kuat ye, ibu dan abi ada dengan adik ni sayang' 
sambil istighfar + baca ayat kursi . ni je terlintas kat kepala ibu masa tu . 
(serius dalam hati xterfikir sbb adik jd cmni sbb masa tu kami panic. just nk cepat sampai hospital.
tapi masa tu adik mcm dah sedar sikit dan sempat tersenyum kat abi bila abi panggil adik . lega sekejap . tapi badan adik masih lemah . ibu pangku adik seerat2 nya . :'(

sampai je KPJ, ibu masuk dan nurse terus tanya, kenapa puan ? ibu cakap anak sy tiba2 sawan nurse. then nurse terus cek suhu badan adik . katanya 39.5 deg . tinggi . masa tu adik dah sedar. tapi adik lemah, adik senyap jela, dan kdg2 nangis xbagi nurse pegang adik . then nurse cakap plak, ade mandikan dia x mlm td? ibu  cakap xde. then dia kata ha awak tanggal kan semua baju dia dan pampers, kita kena mandikan dia.. ibu hanya mengangguk. bila bukak baju adik menangis x nak baju ditanggalkan . yela, bayangkan kan ada aircond, mestila sejuk. semua nurse pakai sweater, badan adik mcm gigil masa tu . ibu dah cuak/risau .

nurse bukak air 'hujan' tu then suruh letakkan adik kat bawah . xsampai 1 min, badan adik terketar2, terus kejang, merengkok. ALLAH . masa tu perasaan hanya ALLAH yang tahu . ibu angkat adik, nurse panggil yg lain dan ibu letakkan adik atas bed.ya ALLAH. sekali lagi hati ibu luluh. hancur . bila melihat ank ibu macam tu . nurse dalam 4 orang masa tu . mereka ambil air sejuk then lapkan kepala+badan+kaki adik semua. ibu dan nangis. sedih, sebak tengok anak ibu diperlakukan macam tu . ibu pegang tangan adik. sambil ibu tarik2, usap2 tangan adik, kat mulut ibu x henti2 baca ayat kursi, ibu hembus kat kepala dan seluruh badan adik . masa tu adik x bg reaksi pape , fits ni hampir 30 minit . keadaan adik sangat2 menyedihkan. adik dibaring mengiring, spatula dimasukkan ke dalam mulut, mulut adik berbuih sbb air liur adik keluar kan . nk elakkan adik tersedak airliur + xnak komplikasi lain dtg. masa tu mata adik pejam tapi xrapat. serius ibu xkuat bila pandang adik. abi plak xboleh buat ape kat adik, tapi abi pandang je adik, mata abi merah, muka abi mmg xboleh nak cakap cmne.

masa ibu letakkan adik kat bed, ibu terus tanya mana doc? mana doc? sy nak doc . :'( then nurse cakap doc kat belakang puan . bila ibu pandang doc, doc masih mamai . mata terkebil2........ means doc TIDO........................................... sumpah hati ibu berjuta kali ganda sedih . nurse siap cakap lagi doc, boleh bagi ubat ni? xslap ubat tu ubat khas untuk sawan punya. then xlama doc undur ke belakang, xtahu doc buat ape. last2 xjadi bg ubat tu sbb adik dah makin ok . serius masa tu perasaan nak marah + sedih semua bercampur baur. hanya pegang erat jemari adik je sambil cakap 'ibu ada dengan adik ni sayang, kuatkan semangat ye syg' . :'( ibu dah xpkir pasal doc tu . kalau x, maun ibu ...... ergh .

nasib baik masa sampai tu xde kes lain yang datang . hanya patient adik sorang je . then xlama pastu, uncle india datang sesak nafas. masa tu adik dah ok sikit . mamai. semua pergi bantu uncle tu .sebelah bed adik je . tapi langsir ditutup. tapi kan, xlama kemudian dengar uncle tu dah 'pergi'. lama jugak mereka berusaha selamatkan uncle tu . RIP . 

then, xlama adik sedar, nurse baru bagi ubat cucuk kat punggung tu . tapi lepas tu hati terpikir kenapa adik x dibagi ubat cucuk bontot terus masa adik sampai. kenapa nak mandikan adik? memang la org cakap sawan kena mandikan, tapi bagi la ubat cucuk dulu ke ape, sbb masa tu mmg nampak adik penat. mamai. sejuk . memang asyik terfikir je sal ni . lupa nak tanya kengkawan nurse . kalau ada kawan nurse baca boleh huraikan x. hurm . tapi xpela, dah past dah pun . :'(

dalam 3.45 pagi, kami naik atas untuk di warded kan . kami dapat 4 bedded. sbb single and double bedded full. tapi esonya kami dpt pindah ke single room (cter lain entry) .............. xlama kemudian abi tertdo. ibu xdpat tdor teringat kejadian adik . serius ibu xboleh lelapkan mata . kejadian yg berlaku kat adik memang terngiang2 kat kepala ibu. perasaan bersalah menyelubungi minda. tapi pukul 5++ terlelap jap....









 ****entry bersambung****

0 125 nak taw rahsieku =)):