Sunday, November 11, 2018

:: 11.08.2018 ::

Assalamualaikum.

1st post untuk tahun 2018. entah kenapa hari ni hati terusik nk update blog yg sekian lama kosong. mungkin sebab kali ni memang hati betol2 rasa kosong.😒

throwback  utk kelmarin dan kelmarin hati ini tetiba feel sedih, feel xsedap, macam2 rasa,sebak sekali. dan harini feel dia lain maciam sampai diri ini ter keluar ‘airmata’. this is the first time sejak sis kawen. i mean mengalir airmata mcm ni. 😭😭😭

actually, my hubsy dapat offfer training selama seminggu dekat Jakarta under his company. And getting a  better offer for him. hanya mampu mendoakan yang terbaik for him since banyak onak ranjau dan duri yang hubsy kena tempuh.

and today is his flight. departure at 9.40am. only ibu dan adik je hantar abi. kakak duk kampung. sepanjang perjalanan dari parking kereta ke check in luggage, ibu cuba tabahkan hati ibu utk tidak mengeluarkan airmata ibu. ibu cuba tabahkan hati ibu sekuatnya. Alhamdulillah, ibu kuat..

ibu pergi setelah abi check in masuk nk pergi ke gate, ibu lambai2 abi. pastu airmata ibu jatuh. ibu hanya mampu tahan sekejap je, even sekarang ni tengah typing pun ibu 😒 lagi..hati ibu very sensitif bab2 mcm ni, entah kenapa, sedih sgt.

abi xpernah berjauhaan dgn ibu lama2, tggalkan ibu berhari2 tidak pernah. sekarang ibu rasa ape yg abi pernah rasa sewaktu ibu kt korea dan spain tahun lepas.😭😭😭😭 tapi kali ni ibu rasa kosong, hanya adik peneman ibu, dan hari ni serius terasa hari yg sgt lama bg ibu, xpernah ibu rasa mcm ni. nak kluar teringat biasnya keluar ngn abi, xnakla kluar. nk makan, biasnya ibu masak utk abi sekali, tp kali ni abi xde, xpela xyah la makan dlu. sampai la sekarang belum sentuh nasi.

ibu rasa hari ni ibu xsedap hati, kosong, kosong, kosong je.. adik main sorang2, ibu tgk adik, alahai siannya adik, kakak plak xde, makin sedih bila ingat kakak. kalau abi ade, boleh kluar atau boleh borak2 semua, boleh gaduh2,😒😒

bila ibu luahkan dengan menaip ke menangis ke melukis ke baru hati ibu akan lega sikit. even rasa mcm kosong lagi. lambatnya la hai nk habis weekend ni.. ibu is x sabar nk peluk abi nk say love u!😒😒😒 kdg2 ibu rasa bersalah ngn abi selama ni, bila sedih gini mulalah pelik2 pkiran 😏 even dah mnx maaf haritu masa solat,bila camni rasa rindu gila. xtahu kenapa.

sampai rasa nk menangis je. perasaan ni sama seperti ibu first day kt korea aritu. masa tu adik duk ngn owan , abi duk ngn kakak. ibu video call mereka terus nangis.xtahu kenapa. xleh bendung xleh sorok perasaan ni. mesti kena luahkan. Allah.. lepas tu baru lega..

hurm. anywy, doakan diri ini kuat menjalani liku2 hari tanpa abi selama 7 hari ni.. xtahu mcm mne nk esok bila ibu balik je keje xde org, hanya ibu dan adik je kt rumah. kosong. masak pun xtahu nk masak ape. ibu dah fikir dr pagi tadi. that y ibu makin kuat😒😒😒.

okay la. see u !

Friday, December 29, 2017

:: Penutup Tirai 2017 ::

Assalamualaikum wbt ,

Ambik masa update sekejap.
Penutup tirai untuk this year.
Kalau refer pada entry sebelum ni, ada 4 entry sedih. So kalau terbaca tu ignore jela, biasalah emosi org pompuan kan. tapi bukan 1 masa 4 entry tu, lain2 bulan dan maybe lain tahun jugak . biasala update tu terlalu jaranggggg.. haha

Ok back to the real topic.

Tahun 2017 rasanya tahun yg RA rasa sgt mencabar dan diselang seli kan dengan warna warni kehidupan RA. Ape pun yg berlaku, RA hanya harapkan tahun 2018 nanti, impian yang x terlaksana akan terlaksan dengan izinNYA. Dan yang 2017 biarlah ianya berlalu pergi, benda yang lepas org kata x perlu dikenang. insyaAllah . :)
Achievement tahun 2017 :
1) Rumah, yang terletak di Cyberjaya. Katanya dah siap, siap, tapi sampai skrg xdapat letter lagi amik kunci. :'( Padahal bulan 10 aritu dah p melawat semua okay, pastu alasan kata nk tanam pokok , tepi2 tu semua, so okay la, sebab nak cantik dan puaskan hati kan. so terima jela. **kalau ikotkan dalam aggrement, due date rumah ni siap end of 2018. so under timing lagi la kan :) 
2) Baby! iaitu Muhammad Firash Mohammad Azmil. (20.02.2017)yang asalnya ibu nak tambahkan lagi nama terpaksa pendekkan. huhu. Dengan kelahiran anak ini, makin meriah kehidupan kami. insyaALLAH dah tutup kedai .:P ibu sayang gila kat adik tau. 
3) Keje. Dapat title Senior RA. Even bukanlah Senior sgt pun tapi Alhamdulillah diberi kepercayaan oleh Bos untuk menjadi supervisor kat company tu. bukan jd Bos okay tapi just pantau kerja2 kat company tu je. InsyaALLAH diri ini cuba untuk menggalas tanggungjawab yang diberi. Walaupun kdg2 jatuhnya,luluhnya, sedihnya , hanya DIA je yang tahu, tapi cuba untuk kuatkan diri dan fikir anak2. 
4) Kereta. Dimana masa bulan puasa tetiba husband kata why not kita change to a new car. Walaupun sblm dari tu memang pernah berbincang untuk tukar kereta baru. ***tetiba teringat si purple :(  Then bgtau suami ,betol ke nak amik. Dan masa tu bincang2, RA nak dia mcm xnak balik, then at last RA yang xnak, then dia kuatkan hati RA kata amik je, xyah fikir2, haha. Lepas tu terus contact agent H, then set appointmnt, jual si purple. hurm sedih. sign n booking fee rm500 then 2 minggu lepas tu sebelum raya kereta dah dapat. Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Rezeki anak2.

Azam tahun 2018 : terlalu banyak sampai rasa x terluah . tapi kita simpulkan mana penting.
1) Nak jd isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. semestinya. xlain xbukan merekalah nyawa ibu dunia akhirat. 
2) Nak p Australia ! haha ** ok ni gurau. 
3) Nak p umrah. InsyaALLAH kalau ada rezeki. amin.
4) Nak pasang kitchen cabinet seandainya dapat house key nanti. 
5) Nak deco2 rumah. even rumah x besar mana, tapi kalau kita yang hias dan buat rumah tersusun rapi, tersergam indah, xmustahil rumah kami cantik mcm rumah org lain. hehe
6) Nak kerja dengan baik, amanah dan mencuba sehabis baik. Nak bekerja dan mencari rezeki yang halal untuk family. 
7) Nak buat semua orang happy!
8) Nak kan kerjasama di dalam kerja, family,etc. Kerjasama kalau xdak, memang haru lah gayanya.

okla, dah tiba masa to the real situation.

Kerja,JUM!

**** HAPPY NEW YEAR EVERYONE! ****


Happy reading  :) 

Thursday, November 16, 2017

:: 16-11-2017 ::

Assalamualaikum wbt.

Everything happens in your life come with a reason.

Trying to be the best before your life end.

But.

I'had lost my mind.

I'm crying like tomorrow will be end forever.

My deep heart is very fragile and destroyed.

My emotion cant be control.

I'm lost in every single pieces of love.

God, please give me strength.

Please.

I need some fresh air to clear mind to be peaceful.

Vacation Please!

Love <3

Wednesday, May 10, 2017

:: S.E.B.A.K ::

Assalamualaikum wbt.

ok, ni kali ketiga entry sedih/sebak. dugaan.
Hidup xselalunya indah.

......
serius kali ni aku kalah .
kalah dlm menahan emosi .
kalah dalam menanggung kesakitan .
kalah dalam memikirkan masalah yg ada.
kalah dalam menanggung keperitan dihati .
kalah dalam kebahagiaan juga mungkin .

im surrender .

menangis x menentukan anda menang .
jua x menentukan anda kalah .
tetapi
menangis mampu menghilang kan resah dihati dan adakala mampu legakan keadaan diri yang penuh keserabutan .

aku insan gila . not perfect .
menyusahkan orang .
menyerabutkan orang .

seandainya melarikan diri dari dunia luar mampu membuat aku happy,
aku terima .
aku cuba .
aku harap .
aku boleh .
aku yakin .

InsyaAllah :)


Wednesday, December 14, 2016

:: Hati Tissue ::


Assalamualaikum wbt . 

lama gila xupdate. 
balik lunch ni rasa nk stop keje jap dlm 20 minit nk baca blog . then bukak blog shila,etc, pastu terasa 'oh , aku kena kuat ni, setiap org ada dugaan dan cabaran masing2 yg kena tempuh, kuat rinie kuat'.

selalu je bukak blog tp xtahu nk start dr mana. tapi kali ni nekad nk update jugak hari ni . lagipun blog ni bukan ade org baca pun, dan xdela nk suruh org baca . sekadar nk luahkan dan bila mana diluah, hati akan lega . hidup xdela dlm bayang2 selalu . :P

balik pd part hati tissue, sejak mengandung ni perasaan lain maciam . mudah tersentuh . tapi bila malam semalam buatkan RA lagi xleh nk menahan . sumpah sebak+ sedih nya rasa bila mana mak menangkan anak kesayangan dia. kenapa perlu memaksa ? kenapa perlu pergi ?sampai 1 tahap RA rasa 'dia' dah melampau . mesti dia yg hasut . kalau setiap org x fikir bukan2 , x buat org rasa annoying ngn dia, treat adik2 se eloknya, gurau2 . xde masalah . ya ALLAH ampunilah hambamu ini. boleh x kalau dia jangan ckp banyak ? boleh x kalau jgn duk menghasut ? kalau nk adik2 suka, jgn duk wat pelik2, kami xde pape, ko yg buat2 . cter itu ini, then hati org tua biasala risau. tolongla pikir dulu kesan akibat yg akan terjadi bila ko ckp mcm tu . hang ingat kami akan suka????

serius mlm tu ak sedih gila smpai termenangis depan mak mertua . mereka semua diam je, xde ckp pape. RA terima je semua ni , tapi RA xleh terima kalau org cuba cerita pelik2 kat mak aka ma.

please la .kalau nk kita happy2 mcm dlu, tolong la ubah perangai tu . jgn duk rasa diri paling besar, plg hebat . plg kaya, tahu semuanya. sharing menceritakan pengalaman kalau xkena cara cerita boleh jd riak + takbur .please jgn duk ckp adik2 xhormat pd 'dia' sedangkan diri sendiri boleh muhasabah ape baik buruk .

kenapa 7 xsuka 1 ? berbanding 1 xsuka 7 ?
renung2kan . kita hidup ni xlama pun . tolong la sama2 memahami .

#SAD

Thursday, October 20, 2016

:: Hati yang Touching ::

Assalamualaikum wbt .

lama xupdate .
Alhamdulillah majlis besday adik yg ke-2 mggu lepas berjalan dengan lancar . walaupun last minit, semua boleh di handle lg . cuma biasala ibu nk bergambar dgn adik + en suami xterlaksana 100% . sbb gmbr ade berapa kerat je . tapi alhamdulillah at least ada kan .

hurm cter pasal touching lak . RA touching pagi2 ni sampai airmata jatuh bercucuran. kelajuan bawak kereta = kelajuan airmata menitis. sedih bila ingat2 balik . entah kenapa pagi ni hati cepat tersentuh . dalam hati sentiasa doakan yang terbaik . T.T

td plak suami wasap ckp xteringin ke nk benti keje ? ank dah 2 . alamak . hurm . niat tu ada tapi bukan skrg kalau boleh . hurm . kalau RA keje kat company cina tu rasanya dah lama benti , baik jaga anak . sbb keje sana xde benefit sgt pun , keje pun memenatkan , keje dgn lelaki smua . org kata risiko yang xbaik tu xmustahil akan terjadi . sbb dlu RA pernah duk dlm site dgn semua lelaki. kdg2 duk dlm bilik dgn 3 lelaki . tgk mereka buat keje dan update bos. xke bahaya keje tu ? dan alhamdulillah skrg dah move on to the new environment .

Sekarang RA dah 9 bulan keje company baru dan RA pun rasa selesa kat sini dan insyaALLAH future akan stabil .tapi bila si suami tanya xteringin ke nak benti keje jaga anak? bg full komitmen kat anak + suami ? tersedakkK**** . bukan xnak tapi bukan skrg . kita mgkn xmampu nk survive klau keje sorang . tapi suami ckp balik kwn dia tu keje sorang boleh je . skrg suami kira2 balik komitmen + gaji setiap bulan . RA sayang keje ni . serius . huhu .

kalau anak 4 org boleh la kot consider . hihi .

ape pun doakan yang terbaik buat keluarga kami ye .

bubye!

Thursday, September 29, 2016

:: Pregnancy ::

Assalamualaikum wbt .

Xtahu kenapa hari ni rasa nk membebel sekejap . amik la masa 20min max buat entry ni . hihi .

Erm. skrg dah masuk minggu ke -20 pregnancy . Alhamdulillah berjaya harungi 1st trimester, walaupun xdek muntah2 tapi badan lembik + penat + letih lain mcm . pastu makan mmg sgt2 banyak.  xberenti haha . xsama cam baby 1st , sbb baby first xdela penat sgt tapi xboleh nk makan, xboleh bau, termasuk bau suami . rasa nak marah kalau suami dekat2 . huhu. so kali ni mgharapkan boboy la plak kan kalau di izinNYA .

Dan alhamdulillah masa scan waktu RA demam teruk tu, doc cakapla nak tahu x kalau doc cakap boy ke girl? then kami? boleh doc. ni ha tgk nampak bird dia.hehe .  alhamdulillah . sampai bila balik umah, suami cakap camni, 'abg rasa nak melompat je bila doc kata anak kita lelaki' . hehhe . alhamdulillah ALLAH makbulkan doa kami. tiap2 malam suami bacakan ayat quran mohon anak lelaki sambil pgg perot. start dr 3 bulan lagi . syukur dengan rezeki Nya. amin . :)

Dan sekarang RA terasa perot kali ni cepat nau membesar . hihi . org kata anak lelaki perot bujur ke depan. ank pompuan dia ada leper ke tepi . dan bila tgk betol la . bujur ke depan . suami pun cakap. rasa mcm padat sgt . keras pun ada. hihi . rasa xlarat dah . huhu . baru 5 bulan ni . lgi 4 bulan nk tempuh . mengharapkan dipermudahkan urusan bersalin xkisah la kat mana2 janji senang . ye dak ? ;)

Bila dah sepasang ni harap boleh la hold dulu untuk next baby . kalau dah ada tu ok je rezeki Allah nak bagi kan . hihi . tapi mengharapkan baby kali ni xde masalah , semua cukup sifat,kesihatan yg baik, dah cukup buat ibu dan abi dan kakak adel bahagia . hehe .

Hari ni plak byk benda masuk, call client la ape, jd pening . taip wasap pun tercakap benda lain . huhu . nasib la client paham . banyak nau nk kena pkir lately ni . tapi best keje mcm ni, xdela rasa stress mcm keje sebelum ni walau keje ni ade jugak pressure sikit2 tp still boleh handle. hehe.

Dan alhamdulillah duit KSWP suami dan RA dah pun dapat . dah boleh bayar hutang dah . drpd 5angka dpt, at last tinggal 700 je . haha .xpela janji semua dah setel kan .  tu pun nk bawak adik jalan2 zoo melaka weekend ni + nk buat besday party dia hajatnya . tapi semua benda xprepare . cmne tu ? hihi . dan bila pkir2 balik, ckp ngan suami kita xyah buat besar2an la besday adik, lagipun baby adik da nk keluar nnt + ibu pun bukan nya larat sgt , cukupla kita beli kek kat adik + belon2 sikit . sbb adik skrg kan dah makin paham . semua suka, mesti dia kata 'wahh, cantikkkk' . hehe . nak adik happy2 je . hehe

Rasanya kalau baby keluar nnt, RA nk buat akikah kat kelantan . masa raya haji . senang sikit masa tu terus buat kan . amik 2 bahagian . pastu sedekah2 kat org . xsabar lak . hehe .

okla, dah byk kali hold taip, angkat call, hold lagi. skrg dah la, fokus keje lak . hehe

Bubye ! :)
muah ! ;P

Wednesday, September 7, 2016

:: Bebel petang ::

Assalamualaikum wbt .

Lamanya ngak update, blog bukak je tp malas nk taip. bila nk taip je rasa oi,keje banyak boleh p taip kt sini lak eh? tu terus xjadi , ni nk update ni dah set 15min je plg lama menaip . :P

dah hampir seminggu RA kembali merempit. huhu . bukan xnak naik kereta tapi bila naik motor tu feeling dia lain macam sikit, fe feeling masa kat UTM dulu, merempit beramai2 dengan jay, ima dan lain2. dulu masa study kami (perempuan) majoriti bawak mtor, kalau lelaki ramai bawak kereta. terbalik kan? itulah hakikat . haha . disebabkan RA ni jenis dah ber experience bawak mtor lelaju rasanya xde masalah nk rempit motor . semalam bila hujan renyai2 waktu balik, teringat geng2 UTM, serius rindu .rindu serindunya. T.T jadi buat masa skrg ni larat merempit ambo merempit la dulu. bila dah perot memboyot ambo bawak la kereta kembali . :P
* hangpa jgn duk ckp laki i ni jenis xkisah i rempit, bukan! salah sekali! d sbbkan i ni jenis degil sikit, shuben i terpaksa akur. prinsip RA senang je selagi larat boleh je redah, janji x susahkan pihak lain, betol x? * haha

hurm sejak kebelakangan ni keje RA makin bertambah dan akan makin bertambah. maklumla production bergantung pada RA kan . ahha . bertabahlah rinie ! :)

dan tetiba td bukak FB, tengok anak norasita ni, sedih . RA sendiri tetiba teringat kat anak ibu abi ni, xdpt nk bayangkan kalau terjadi kat family sendiri, nauzubillah.. terus air mata bergenang, ni serius x tipu. sedih xdpt nk ckp, apetah lg ibu sendiri kan. anak demam pun dah xkeruan apetah lg kalau doc sahkan anak sakit ketumbuhan dlm otak . waaaa. :'( besarnya dugaan kat adik ni . semoga adik kuat dan kuat ! T.T

ari ni jgk lawyer call nk sign S & P . kena setel bayaran semua, pastu insyaALLAH setel semuanya . tunggu siap jela. hehe . dan step seterusnya nk keluarkan duit kwsp plak nk setel yang sepatutnya kena setel tu . hehe . harap dipermudahkan. :)

okla, dah penat taip. baru 9minit . :P

bye !


Wednesday, August 17, 2016

:: ok fine ::

Assalamualaikum wbt.

Hurm , hari ni ak di copkan sbg lurus bendul . ahhahaha ... terlalu baik katanya ... nyampah plak . yang lurus bendul + baik ni la yg menolong buat report, buat itu ini tau .

kay kata RA ni terlalu baik, terima je ape org suruh buat. hurmm .
mekyah kata ada betol jugak kadang2, tapi bila bekeng hilang lurus + baik tu . hahaha .
org tu kata, yela sy dulu mcm tula, kena bgtau kalau x xtahu ... baikla , i terima sbb i ni jenis yang lambat sikit kalau org bagi ayat kiasan, :P

tapi, ada batasnya la. RA xdek la lurus bendul sgt pun . dah customer kita tanya kita jawab la. mana la tahu sgt customer tu nk amik kesempatan . free consultation . hahahaha .. gila sekejap . fine fine !

tapi RA pantang gila kalau ada org suka2 nk marah xtentu pasal, suka amik kesempatan dikalangan family RA . xkisah la family in law ke family sendiri . xsuka org serve kita dengan layanan yg xbaik. ha tu memang pantang nenek moyang okeh! please , kita ckp cara elok , buat dgn elok. u treat me as SH**, i boleh ajar u cara lagi teruk dari tu.

- tu sbb bila nenek (belah suami) sakit, pastu RA nk bawak g hospital, pastu mak mertua ckp 'mak pernah pegi kecemasan hari sabtu , diaorng boleh ckp makcik, kat kecemasn ni hanya untuk org yg tenat, nak mati je' . fuhhhhh .. dengar ayat tu , berdesing telinga. lagi laju nk p kecemasan sana . nak tengok sejauh mana mereka treat kita . tapi alhamdulillah semua ok walaupun mula2 register tu laki tu kerek. nasib baik deal ngan dia sekejap je .

- same goes with klinik batu 14, tu kes sampai buat report ke KKM . panjang cter . baru lah tahu . i tahu kerjaya nurse sangat murni + mulia . i salute , tapi salute kat org yg betol2 bekerja dengan niat yg betol. RA ramai sgt kawan nurse, dekat 10 org kawan sek men dulu. salute mereka. tapi sejauh mana anda penat , please jangan tinggikan suara /nada ke patient. penat sekalipun cukupla xsenyum sahaja, xperlu nk tinggikan suara cam berlagak . xkena pada org yg sepatutnya memang selamat la . kena kat iolss baru tahu langit tinggi rendah .

- and the latest is, pasal kereta. ko masuk di laluan yg xsepatutnya, tetiba ko mencelah, dimana masa tu Q penuh kereta. cuba la tengok dulu nk masuk tu cmne. ade ruang ke x, sikit lg si purple nk kena cium, kalau x ke balai la ko, ak hon, ko hon kan . meh nk hadap, dada masa tu berdebar gila nak marah . benti kat simpang sana dia xbenti . ak siap turun angkat tangan lagi suruh dia benti . mmg ak xleh tahan sabar . huhh . sampai suami dia tanya, ak hanya mampu menangis sambil bercerita + tumbuk bahu dia sebab geram gila tahap dewa. kalau dia benti ckpbukan2, mmg aku hayun dengan buluh padat dlm kereta aku ni. ak dah xleh pkir panjang . sbb spnjang drive tu dia mncabar aku......

okla. terpanjang plak . -.-

Monday, August 15, 2016

:: anugerah terindah yang paling indah ::

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, RA rasa bersyukur sgt sbb :

-ada suami yg memahami dan penyayang bernama AZMIL :P
-ada anak 1 org (insyaALLAH seorg lagi bakal lahir awal Feb nanti)
-ada rumah (insyaALLAH 2018 siap)
-ada kerete 2 biji (1 kami pakai, 1 lagi mak mertua pakai -  yg ni mak mertua shareholder bayar kereta tu. walaupun asalnya kami nk jual kereta tu, kira ok la mak mertua nk bayar separuh kan. anggap mcm bayar kancil mak dulu hihi.)
kami nk jual kereta tu adalah sbb nk kurangkan komitmen nk pakai 1 je, dan insyaALLAH bila dah hbis bayar semua nnt, menyusul kereta terbaru nanti . insyaALLAH . :P
org yg xtahu komitmen pakai 2 kereta boleh la cakap kan . so diam kalau xpernah merasainya . :P
-ada family in law yang memahami. adik2 ipar semua .
-ada kerja tetap. rasanya keje skrg ni insyaALLAH stabil.
-susah senang sama2 bersama suami dan anak.
dan mcm2 lagi la . :P

dan pagi ni bersama anak tercinta ,
pagi2 lagi nangis nak mintak 'upin ipin' . tah sape ajar dia tah. memang xleh nampak HP dpan mata dia, terus nangis nak . ibu dan abi mmg bertekad xbg sampai kesudah. xde nk kesian dah . kena ajar adik main sendiri, HP no way! dan malam td pun sama nangis nak, last sekali adik main giraffe, baby (teddy bear), yoyo car dan bola . yoyo car ni bagus katanya boleh max duduk sampai 100kg . suami RA duduk main ngan anak total dlm 80++ kg jugakla, ok je steady je yoyo car ni . ahhahaha . dan ibu tersenyum gembira bila adik main sorang2 tanpa nangis . tunggu ade adik baby adik main berdua lak ye hehhe

dan pagi tadi plak RA tetiba terfikir costing anak2 + costing kami . hihi . alhamdulillah loan kami dah setel sikit tapi lain yg dtg iaitu our new baby! yeayyy!!! xpela janji Allah itu pasti . rezeki ada dimana2. RA ckp dengan suami, sekarang costing adik sorang (susu+pampers+pengasuh) dah rm750 . if adik baby tahun dpn total berdua dah rm1500. heheh . nampaknya next baby kena plan la dlu sbb kan nk p travel. :P harapnya tahun depan rezeki baby melimpah ruah plak . amin . ;) dan costing kami mcm biasanya kena budget la mana patut . hihi

okla, dah penat taip .
doakan RA sentiasa sihat bersama baby di dalam ni . ;)