Wednesday, November 6, 2013

:: tanggungjawab lelaki dan perempuan xkisah dah kahwin ke belum ::

Assalamualaikum w.b.t (actually ni dah taip lama tp belum publish sbb xsempat taip habis =P)

Di sini, RA nak cakap pasal tanggungjawab . xkisahla selepas ke sebelum kahwin . hehe . nak kasi pandangan n pendapat sedikit . ni xde kaitan dgn sape2 , terfikir itu ini . selalu terfikir .

ok. fyi, tanggungjawab anak lelaki dan anak perempuan kepada ibubapa mereka sangat besar dimana bila dah bekerja, at least hulurkan sedikit pada mereka sebagai jasa mereka membesarkan kita . betol x? tapi xsemua akan dapat bagi bila ada komitmen itu ini . sama jugak macam RA bila dah bekerja ni boleh kira bape kali bagi duit kat mak ayah kat kampung, masa raya bagi la , sebab? ada komitmen dimana RA kena kumpul duit kawen dlm masa terdekat , xnak susahkan family, semua try usaha sendiri . bayangkan nak kahwin dlm masa 6 bulan, how?so, terpaksa hold dulu nak kasi . macam tu la . huhu. sekarang segala2 nya, bila dah bergerak guna duit . ^^

tapi kan , RA as a perempuan. tapi kalau lelaki ? nak kumpul duit kahwin ? korang rasa macam mana? susah ke senang ? sekarang hantaran dah 8k ke atas , bukan nak ikot trend tapi kalau dah barang2 pun mahal , cmno tu? huhu . tapi bersederhana lebih baik . so mesti mereka (L) yang nak bagi duit kat mak ayh mereka akan rasa terbantut kan . terfikir en tunang je . yg lain xtau la . haha .tapi pas kawen bila dah stabil dari segi rumah sewa semua mmg planning dah dgn en tunang nak bagi kat family cmne . harap2 rezeki akan lagi murah lepas ni . amin .

oh lelaki .  lelaki ni ada tanggungjawab besar dimana bila berkahwin ada tanggungjawab dgn family sendiri + family lelaki tu . so kena balance kan . RA tengok contoh abg RA sendiri la , x nak la cter pasal dia ,aib kan pulak. tapi tu la nak cakap, lelaki ni ada 2 tanggungjawab . lain la kalau perempuan duit yang dapat gaji tu dapat kat kita n nak hulur kat family kat kampung pun xkisah . tapi kena fikir la suami jugak . susah senang ngn husband jugak kan, jd balance kan la dengan suami. share sama2 duit ke ape . depend on individu masing2.^^ yang pasti kita kena ingat beza anak lelaki n perempuan dari segi tanggungjawab after kahwin pada family tu berbeza SEKIRANYA dari segi duit. dan lain2 tu xnak la mention , kang panjang lagi . err. paham x? paham x? so jangan senang2 nak cakap abg pun xbagi, aku xnk bg la . no no . jgn fikir camtu .sbb?? back pada tanggungjwb lelaki kat atas td .remind diri sendri =)

so, pandangan RA, kalau u all x kahwin lagi, bagi la duit kat mak ayah sementara x kahwin ni , bila nak kahwin n dekat due date , lagi nak beli itu ini . kan . mesti akan complicated n banyak benda nak fikir . ape2 pun rezeki semua dari ALLAH . bersyukur . ape yang pasti korang akan rasa sendiri pahit manis sebab semua akan menghadapinya ke alam perkahwinan. hehe . peace!

1 more thing, seandainya teras ter beban dengan perkahwinan, terfikir sepanjang kerja pun xde bagi duit kat mak ayah. so, y not u hold kan dulu perkahwinan selama 1 tahun ke 2 tahun pastu kahwin la . jangan la bila dah nak kahwin n buat preparation u terasa malu dengan keadaan diri u yg belum kasi mak ayah duit . mak ayah, adik beradik kena la paham kenapa si dia ni x dapat bagi duit ? please faham . n i rasa mesti mereka akan faham . nanti uall akan rasa sendiri duit tu mcm mana bila nak kahwin nnti . nk makan itu ini fikir2 . back pada my family, kalau my family lagi la , beli katil, almari semua habis 2k ++ , then beli lagi langsir habis 500++ . semua duit mak ayah RA . sebab ape? sebab RA dah heart to heart dengan mak cakap duit xcukup nk sponsor ke ape .bagitahu hal sebenar la. hanya akan bg duit nak wat makan je . RA x malu nk cter kat sini sbb benda ni perlu utk jadikan pengajaran .n boleh bukak mind kita sikit .lagipun lepas ni bila dah stabil sikit boleh la kita bantu family kita, bukan xnak bantu . harap2 siblings akan faham condition ini . bukan senang ok bukan senang .orang y x merasai perkara ini xkan tahu condition yang sebenar.

nak dijadikan cerita, kitaorang fikir baju nk pakai masa hantaran pihak lelaki pakai warna ape , mula2 decide lepas tu cakap ikot suka janji warna yg sama . lagi senang . jimat kos . save budget. kalau dah ada baju tu guna la yg tu kan . betol x. same jugak dengan kes lain . sbb kalau kita nak puaskan hati semua orang memang sampai bila pun mereka x kan puas. org ada mulut nak berkata2, so abaikan mereka. janji majlis kita semuanya berjalan lancar .

post ari ni:  banyaknya nak fikir . ni semua dugaan before kahwin . hurm . ape pun dekatkan diri padaNYA. insyaALLAH . really hati kdg2 rasa xkuat nk terima keadaan ni . ;'( really rasa xnak accept, really rasa nak back jadi single . dah xnak fikir ape . really . rasa betol ke nak kahwin ? xde rasa happy . ya ALLAH . betapa x kuatnya hati aku sekarang . damaikanlah hati ini YA ALLAH . ;'(

LOVE ^^

1 125 nak taw rahsieku =)):

Anonymous said...

Seseorang pernah berkata ' sesusah mana pun atau sedaif mana pun kamu. jangan lupa untuk menghulur kepada kedua org tua kamu '...jangan jadikan kahwin sebagai alasan. kalau sebelum kahwin pun susah untuk jalankan tanggungjawab terhadap keluarga yang sedia ada. macam mana pulak kehidupan yang selepas kahwin. kata orang, 5 tahun diawal perkahwinan memang akan hadapi masalah untuk menyetabilkan diri. sekadar pandangan je. kalau tak nak hulur banyak. hulurkan sekadar mampu untuk buat minum kopi. atau pun pulang tanpa tangan kosong. that is more that enough. sorry :) kesusahan dalam mencari rezeki boleh difikirkan kenapa sebab dan musabab nya kan. tambah tambah nak mendirikan rumah tangga. mungkin RM 1 yang kita hulurkan, kita akan dapat RM 1 ringgit yang lain. kalau tidak pada kita mungkin pada orang yang rapat dengan kita. INSHA ALLAH.